Sebenarnya esok 10 Mac ada kenduri kawin kawan aku, Sh. Marini@ Nen kat Sri Damansara dan Yazrianty kat Cheras. Kalau diikutkan plan asal aku sorang je yang akan turun kl.tapi masalahnya tak dak sapa nak hantar aku ke airport n rasa mcm tak best pulak kalau aku sorang yg turun tanpa Adriana n suami. Selepas tolak tambah tolak tambah, akhirnya suami aku bersetuju nak ikut sama. Kesian pulak dia selepas kerja terpaksa turun ke Kangar dari Gurun kemudian berpatah balik semata- mata nak amik aku kat umah mak. Kami bertolak pukul 7pm. Bila sampai kawasan R&R Gunung Semanggol, suami dah tak tahan mengantuknya. ye la..lepas kerja terus jalan jauh. mungkin jugak dia banyak kerja kat opis. So kami decide check in kat Highway Hotel. Pecah rekod jugakla sebab sebelum ni tak penah buat mcm tu. ok jugak la hotel tu.harga amat berpatutan RM 49 ja semalam. Lagi selamat dari tidur dlm kereta. Dah la masa tu ada kes polis n GRO mati sebab tidur dlm kereta..eeii..ngeri.